Sunday, 28 October 2018

Gerai Jalan 223 Petaling Jaya

Baru habis standby Paradise Pool Party malam ini. Partner tak makan lagi kelaparan. Jom! alang-alang ada di Petaling Jaya ni aku bawa kau pergi makan Gerai Makan Jalan 223. Macam-macam ada kat sana. Servis pun cepat.

Paling Famous bagi aku kat sini Nasi Lemak daun pisang, Sup Kambing, Nasi Goreng Kambing, Laksa Penang, Maggi Goreng Kambing, Mee Goreng Mamak, Shisha, Otak-otak, Kuey Teaw Kerang, errr... tu semua yang aku selalu makan dan puas...

Parking di sini boleh di mana2. buka sampai 2-3 pagi masih layan lagi. Masa nak masuk gerai makan ni, kita akan disambut mesra oleh peniaga-peniaga di sini.. masing-masing menarik duduk disini duduk disana.. macam vip.. heh heh..

lepas order air dan makan, tak sampai 5 minit air sampai. xsampai 10 minit makanan sampai.

cubalah. jangan lupa kongsi komen anda...

Tuesday, 23 October 2018

Makan Malam

tu diaa... ingat kat hartamas tempat orang kaya sahaja? sini ada makan macam2 pilihan masakan melayu.

lokasi berdekatan stesen minyak Shell Hartamas, berhadapan Maybank Hartamas. ader carwash sekali di sini.

tempat selesa. ruang luas. sesuai untuk family. jumpa kawan2. small union. macam ala-ala mamak.

siapa pernah makan kat sini boleh beri komen di bawah.

Monday, 22 October 2018

E-HAILING

Hari ini baru kayuh Mycar setelah kena Band sebulan dari Grab. sehari at least aku kena ada rm180 nak bayar hutang along.

Itu tak termasuk duit minyak, tol (ada customer, mereka bayar), makanminum, duit makanminum anak2 lagi.

Dari Hulu Selangor 3pm-5pm xde apa2 order dari Mycar. sekarang di TBS sejak jam 10pm lebih sampai sekarang 11.23pm masih tiada order dari Mycar.

slow-slow.. sabar.. tawakal.. tapi aku xsolat.. hmmmm...

Ya Allah, berilah aku petunjuk dan hidayahMu..