Thursday, 22 November 2018

Ikan Bakar Jalan Belamy

Makan sedap dan puas hati ikan/ sotong bakar di sini. kedai-kedai sini adalah lejen. tanya je orang tua yang duduk di KL ni. siapa tak kenal Ikan Bakar Jalan Belamy.

Siapa yang tak pernah 'try' cubalah.. layan.. jangan lupa komen..

Lokasi kedai-kedai medan ikan bakar ini search Jalan Belamy belakang Istana Negara lama. Kini dikenali sebagai Muzium Istana Negara. Kuala Lumpur.

Tuesday, 13 November 2018

YAZID STICK HOUSE

western food terbaik di PJ sejak aku student lagi sekitar awal 2000..

makan di sini sedap dan sangat puas..

Lamb , Chicken , Beef, Fish, Prawn
Chop- Sizzling-Mix semua perghhhhh layannn leleh punya..

lokasi di Uptown Damansara. Food Court. gerai2 lama.. dulu tempat ni terkenal dengan night market.. tapi sekarang da xde akibat rejim pentadbiran kawasan yg mendtadbir.. inilah tapak awal night market warga 80-90an... geng2 rock car park dulu..

jom try.. da makan.. jangan lupa komen beb

Saturday, 10 November 2018

Satay Kg Razak Baginda Kajang

laluan simpang lampu isyarat menuju ke INSPEN Institut Penilaian Negara Putrajaya dari UPM melalui pusat latihan BSN, Maybank,Public Bank.

betul betul selepas persimpangan lampu isyarat terdapat sebuah kedai makan RNZ. Restoran Norhasnizul.

Satay dia... pergghhhh.. terbaik.. aku suka makan! sedap! puas! layan....

satay ayam, satay daging dan satay kambing... cubalah.. merecikkk..

jangan lupa komen beb..

Thursday, 8 November 2018

Sarapan Terbaik Bandar Tun Razak

Rambang mata bila sampai sini nak breaffast.. Sejak aku kecil tahun 90an lagi mak dan arwah abah suka makan sini..

sekarangni anak aku.. kalau sarapan di luar ini dicarinya.. pulut kuning rendang ayam! memang terbaik!

selain itu, pilihan kami sekeluarga tiap kali makan di sini.. Sedap dan puas hati gila.. Mee Kari, Mee Sup, Roti Jala, Lontong, Roti Bakar, Ubi Rebus makanan perang masa jopun attack Malaya dulu, Cekodok.. selera orang melakeeee!

memang nenek ni orang melake.

nak tahu lokasi gerai ini di mana. Terletak di Bandar Tun Razak. Gerai Makan no 10. Kasih Sayang. Gerai Selera Muhibah. Food Court DBKL. belakang stesen minyak BHP Bdr Tun Razak dan berhadapan Klinik Kesihatan Bdr Tun Razak.

ok! penat bertulis. nak makan dulu! bbagi sesiapa yang pernah makan di sini jangan lupa komen ya!

nama aku roti jala dapat ilham makan di sini dulu

Burger Man Corner Wangsa Ukay

Innalillahi wa inna ilaihi raajiun..

sedih dengar perkhabaran pakcik owner burger pelbagai jenis ni telah mengadap ilahi februari 2018 akibat jangkitan kuman dalam badan...

Allahumma firlahu warham hu, wa'a fihim wa fu anhu.

ini adalah antara burger terbaik di klang valley bagi aku.. 5 star.. nyum nyum.. leleh cheese dia..

aku selalu makan di sini selepas kami bertemu closing client join business Monavie dulu.

lokasi gerai burger ni berdekatan petronas bukit antarabangsa. terletak betul-betul corner lot parking sebaris dengan 7-11. kini diusahakan oleh waris-waris arwah. rasa lebih kurang macam dulu sebab ada pekerja tetap arwah yang masih setia bekerja.

menarik dan tidak pernah mengecewakan pilihan aku selain burger ayam dan daging, aku suka makan burger arnab, burger burung unta, burger kambing, burger ikan, burger rusa, dan burger udang!!!

special dan tambah cheese!!! perghhh.. leleh...

aku suka makan di sini sahaja.. lagi sedap time lepas masak.. xde air beli jer siap2 air pilihan anda dan jangan lupa beli air mineral nak basuh tangan di 7-11 atau petronas..

untuk tempahan burger boleh hubungi 0192809039 burger man. dah cuba??? meh cuba.. jangan lupa beri komen anda.. sweeett..

Sunday, 4 November 2018

TAPAK URBAN STREET DINING

Food Truck. sini terdapat lebih 20 buah food truck menyajikan pelbagai aneka makanan dan minuman. Char Kue Teaw, Kue Teaw Kerang, Nasi Ayam Bakar, Cheese Meleleh, Torayaki, Sup2, Makanan Special Utara- Pantai Timur- Selatan- Thai - Indon dan pelbagai kesedapan sehingga meleleh air liur dibuatnya terutama time kita kelaparan...

bagi saya semuanya sangat sedap dan puas. pening nak pilih yang mana satu. huhu.. sebab mereka yang berniaga food truck adalah mereka yang menggilai makanan yang mereka sajikan sepanjang perkenalan saya dengan sahabat2 yang mengusahakan food truck.

Lokasi di kawasan parkir Stadium Bola Sepak Cheras berhadapan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Cheras. Jika hari minggu aktiviti untuk anak2 terdapat kereta dan basikal batery/control untuk anak2 naik dan main pusing2 stadium. jika bernasib baik boleh tengok perlawanan bola FREE jika terdapat match2 percuma. takpun bergambar dengan star2 bolasepak tanahair.

cubalah manjakan diri dan keluarga makan di sini.. kerusi dan meja yang disediakan juga selesa dan santai..

jangan lupa komen...

Saturday, 3 November 2018

Nasi Lemak Tangling

haaaa.. sape xkenal nasi lemak tangling dia bukan KL city boyz.. hahaha..

nasi lemak tangling ni antara paling femes di KL ni. pelbagai aneka lauk nasi lemak tangling ni.. gerai confirm kena beratur panjang.. biasa pada hari minggu pengunjung disajikan juga dengan lagu2 kumpulan kawin aku gelarkan. klo budak2 sekarang panggil geng buskin.

xleh nak citer nasi lemak ni memang puas makan dan sedap! lokasi berhadapan klinik kesihatan tangling di dalam kawasan taman tasik perdana ataupun balai polis bukit aman..

setiap hari ramai 7am-12pm! jangan lupa komen ya... nak makan dulu! 😃