perggghhhhh... ini memang dah lama aku nak poss.. inilah sup kambing terbaik dan murah serta banyak harta karun di dalamnya.. harta karun??? isi kambingnya lerrr..
seingat aku 2001 aku mula-mula order maggi goreng kambing di kedai ini. time tu lokasi terletak di sg. serai berdekatan simpang kuari sg. long jalan hulu langat selangor.
entah macam mana owner ni berpisah dengan team dia berpindah di bt.9 cheras/hulu langat. kedai old school xde sign board. petunjuk dia, lampu dia putih antara kedai paling ramai orang. lokasi di kg.melaka, hulu langat, selangor.
jika dari tol bt.9 cheras/PGA menuju ke hulu langat. tiba di psimpangan traffic light balai polis bt.9 ke kiri. lebih kurang 1.5km jarak dia selepas klinik kesihatan bt.9 (sebelah kiri) sedikit sahaja di hadapan. kedai kambing ni sebelah kanan anda bertentangan used car dan perkataan berlampu cheras intan..
Dia buka dalam 5pm hingga 4am.. jom layan... nasi kambing, maggi kambing, sup kambing cicah roti arab.. roti canai ada juga tapi tiada kari kambing sini.
jangan lupa komen ya. kongsi pengalaman bersama-sama rakan yang lain..
No comments:
Post a Comment